Saturday 12 November 2011

"NADI KASIH"

Program Nadi Kasih adalah sebuah program di bawah 1 Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan. Program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal yg selesa untuk rakyat. Sebelum ini, PM telah mengumumkan skim rumah pertamaku yang dilancarkan untuk golongan muda. Dengan program Nadi Kasih, golongan yang tidak berkemampuan membaiki kediaman usang pula dapat dibantu.
Inilah bukti rakyat didahulukan, dgn melihat seluruh aspek sosioekonomi rakyat Malaysia.
Sejumlah 10,000 rumah akan dibaik pulih di 100 kawasan parlimen terpilih dengan kos pembiayaan maksimum RM5,000 bagi satu unit rumah.Parlimen p175 Papar yang dipimpin oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin telah di beri peruntukan yang telah di rancang oleh kerajaan bagi membantu penduduk di Daerah Papar.Program ini telah dilaksanakan dimana prosedur2 mengumpul + menganalisis dan membaiki telah dilakukan.
Persoalan nya kenapa ada yang tidak berpuas hati dengan rumah mereka yang telah diperbaiki melalui Program Nadi Kasih? Aduan demi aduan di terima oleh pejabat Parlimen mengenai isu & permasalahan ini. Dimana silapnya???
Melalui tinjauan yang telah dibuat oleh Pejabat Parlimen,rumah yang dibaikpulih telah dilakukan seperti yang dikehendaki.Persoalannya, adakah aduan ini lahir dari hati penerima @ ada pihak lain yang cuba mewujudkan spekulasi sebaliknya?????

Apapun permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan projek ini tidak akan mejejaskan tujuan murni kerajaan dalam membantu rakyat.




No comments:

Post a Comment